Search This Blog

Tuesday, December 16, 2014

Kenapa Ada Jerawat Di Muka Bukan Tangan, Badan Atau Kaki?

Aku merupakan pakar jerawat. Seriusly, tapi aku bukan pakar nak rawat jerawat. Kenapa aku boleh jadi pakar jerawat? Sebab aku dah pernah pegi sekolah yang ajar pasal jerawat je, sekolah itu ialah pengalaman ku ahaha. So jerawat. Ada yang anggap jerawat tu as kawan baik dia, ada yang anggap jerawat tu as musuh dia, tak kurang juga anggap jerawat tu as kawan yang datang saja nak sakat-sakat dia.

Aku ni buat entri ni nak kongsi, kenapa lah muka tu ada jerawat. Mudah & simple je kan? Hehehe


So Top Ranking Kenapa Muka Berjerawat ialah disebabkan PENGOTOR.

  • Yang ini memang dah paling basic, paling asas kenapa muka ada jerawat. Pengotor means bantal tilam tak pernah tukar. Worst tak pernah pakai sarung bantal. So air liur basi pun semakin membasi dekat bantal which at the end ada kuman yang melekat kat muka & berlaku lah proses jerawat. Ever think about that? Lepas tu towel tak pernah basuh, tangan jarang cuci tapi kerap pegang muka..Nah tu la..pengotor.


HORMON

  • Kadang kala jerawat yang timbul sesuka hati di setiap sudut muka kita tu bukan sebab kita ni pengotor ke atau allergik. Tapi dah memang hormon dalam badan tu yang menyebabkan jerawat tu keluar macam tu. Jerawat tu tak keluar sesuka hati, tapi hormon dalam badan korang yang suruh keluar. Hormon ni pula ada sebabnya kenapa dia jadi begitu, maybe sebab pemakanan korang, sebab tidur terkurang atau terlebih sangat, sebab korang ada ambik ubat hormon lain? Macam-macam lagi, so korang kene bijak mencari kenapa. Kalau malas, senang je. Gi jumpa doktor.


KULIT BERMINYAK

  • Some people muka diorang berminyak tahap boleh buat minyak dagu. Eh..Haram..bukan..minyak masak hehee Eww... Muka berminyak ni akan menyebabkan jerawat walaupun minyak dimuka bagus boleh awet muda. Kenapa? Sebab muka berminyak ni selalu akan mengalami pori dimuka tu tersumbat. Bila tersumbat maka kuman ikut tersumbat dan berkumpul yang akhirnya akan berhasillah jerawat atau dikenali sebagai istana negara kuman.


KULIT KERING
  • Jangan ingat kulit kering tak pandai berjerawat tau. Bila kulit muka kering dia akan mudah luka kecil. Luka kat dalam sebab isi kulit kan basah. Usually bila ada luka maka ada kuman, bila ada kuman maka jerawat pun akan timbul juga. Biasanya dia jadi gatal tau..sebab kering. Semua sebab kering. Sebab itulah kenapa pelembap dicipta. 


MAKANAN
  • Sesetengah orang kalau makan tak ingat dunia. Tak kisah la ko kurus ke, ko gemok ke, ko berotot ke, ko kering ke, kalau makan main sumbat je memang sah-sah lah boleh berjerawat sebab kandungan makanan yang kita makan tu kebanyakkannya tak sihat. Kalau dok makan keropok je, dok makan kfc je mana-mana lah makanan yang tak sihat memang boleh trigger atau merangsang muka korang tu untuk berjerawat. Nah...lepas ni pandai-pandailah kawal makan okey? Yang penting kurangkan makanan yang tak sihat tuuuuuuuu....hah yang tuuuuu


ALLERGIK
  • Korang kene kenal ciri-ciri jerawat & ciri-ciri ruam & ciri-ciri yang macam jerawat tapi disebabkan allergik. Kadang kala yang tumbuh kat muka kita tu bukan jerawat, tapi ruam macam jerawat yang disebabkan allergik. Korang ingat allergik takde yang tumbuh belah muka ke? Antara tanda-tanda allergik ialah korang rasa panas semacam je & dia tumbuh laju macam cendawan pastu lambat nak elok, makin hari makin teruk itu memang sah-sah allergik. Sila berjumpa dengan doktor kulit sebelum menjadi lebih teruk..Aku pernah kene, seriusly merah pipi macam telebih pakai blusher pon ader. Kawan aku pun penah kene...muka elok-elok halus mulus tetibe tumbuh macam jerawat...Tu sebab makan ketam terlalu banyak ...nah...


KURANG AIR
  • Air atau Mineral Water atau mana-mana air yang jernih & takde pewarna & perasalah. Yang ni sebenarnya paling penting untuk tubuh badan kita sebab air ni fungsi dia untuk mencuci & meneutralise kan semua cecair, lendir dan penting untuk organ badan kita. Darah dalam badan kita juga sebenarnya bergantung kepada air yang kita minum. Begitu juga dengan hormon. Malah, kalau buah pinggang kita nak proses segala-galanya pun perlukan air. So kalau kurang air maka banyak lah yang terlebih dalam badan maka berlakulah penggumpulan toksik dalam badan akhirnya keluar jadi jerawat banyak-banyak besar-besar & non-stop. So? Mulalah rajin-rajin minum air secukupnya.


PRODUK CUCI MUKA TAK SESUAI
  • Kalau kawan korang sesuai produk A, tak bermaksud kulit korang pun sesuai dengan produk A. Ada sesetengah orang ni kulit dia ni banyak songeh, kene cari yang memang betul-betul sesuai baru jerawat tak keluar. Ada sesetengah kulit orang ni, dia takyah pakai brand mahal-mahal, pakai je sabun mandi tetap halus mulus & flawless. Hahaha..

Ini je senarai yang aku rasa & pernah alami sendiri. Kalau korang nak tambah pun, boleh je hehehe

9 comments:

  1. tergelak baca entry nie. hahaha. muka BV okay la. .takbanyak jerawat. tapi still ada, tips senang je, bila muka berminyak jangan pegang. lap guna tisu atau terus cuci muka. .hhehe :D

    ReplyDelete
  2. Nice entry! Alhamdulillah muka ni jarang tumbuh jerawat. Ikut mak hihi. Kengkadang kalau tumbuh pun dia mcm hilang sendiri.

    ReplyDelete
  3. menarik fakta-fakta nih.. memang betul pun. Muka saya naik jerawat selepas salah pakai produk. Tak sesuai untuk saya, naik la jerawat jeragat ke ape tah.. yang lagi stress jerawat bawah kulit tu, bukan jenis yang keluar. Sekarang dalam proses merawat plak.

    singgah sini dan follow ^^

    sudi membalas kunjungan saya

    http://dilakazuha.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. CN follow sini 136 ;

    CN singgah sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html

    ReplyDelete
  5. itu pengajian lama... zaman sekarang ni jerawat dah ada kat seluruh badan... mungkin faktor kat atas tu semua betul... tapi bila jerawat dah sampai ke badan, sebab utama ialah darah kotor (istilah orang melayu) atau toksik bertimbun dalam darah... tu sebab nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betol gak kata abg najib ariyan ni. aku sokong gak point yg psl darah kotor tu hehe

      *engko jgn pulak TERtouch & TERdelete komen aku ni mek hehe

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hee kulit berminyak sangat bertemu dengan kotoran ..memang boleh trigger jerawat.. kebersihan wajah memang penting ;)

    ReplyDelete
  8. terima kasih diatas perkongsian ni...sangat berguna kepada saya yg makin banyak jerawat ni... klu free ar rajin bleh singgah kt blogger say... hehehe..saya masih baru lg dlm dunia blogger.. http://arenep93.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih