Search This Blog

Sunday, November 30, 2014

Sedition A.K.A Hasutan

Aku rasa ramai kot yang baca berita terkini kan? Aku baca akhbar awal pagi pun asyik baca benda yang sama je. Sedition Act atau dalam bahasa Malaysia nya iaitu Akta Hasutan. Sedition -
  1. conduct or speech inciting people to rebel against the authority of a state or monarch.
    synonyms:incitement (to riot/rebellion), agitation, rabble-rousing, fomentation (of discontent), troublemaking, provocation, inflaming; 
    rebellionrevoltinsurrection, rioting, mutiny, insurgence, insurgency, subversion, civil disorder, insubordinationdisobedienceresistancedefiance

Ambil copy paste dari GOOGLE. Sebagai rakyat Malaysia aku rasa aku perlu faham & tahu maknanya supaya aku dapat mengelakkan daripada terlibat sama benda-benda yang boleh dikenakan hukuman akta hasutan. Lebih tepat lagi, supaya jika murid aku tanya nanti aku tahu nak jawab aper kepada mereka. 

Ini maksud daripada GOOGLE, aku rasa setiap negera atau negeri ada tak takrif hasutannya tersendiri betul tak? Aku harap pihak yang berkenaan mampu untuk memberikan maksud penuh akta hasutan itu berdasarkan takrif kerajaan Malaysia just in case kita terbuat but kita tak tahu yang kita sedang menghasut benda-benda pelik. 

Bagi orang lain mungkin perkara ini remeh. Tapi bagi aku perkara ini perlu kita fahami agar kita tahu apa yang kita boleh & tak boleh lakukan. Sebenarnya ada juga aku jumpa takrif Akta Hasutan Malaysia tapi dalam wikipedia.
The Sedition Act in Malaysia is a law prohibiting discourse deemed as seditious. The act was originally enacted by the colonial authorities of British Malaya in 1948. The act criminalises speech with "seditious tendency", including that which would "bring into hatred or contempt or to excite disaffection against" the government or engender "feelings of ill-will and hostility between different races". The meaning of "seditious tendency" is defined in section 3 of the Sedition Act 1948 and in substance it is similar to the English common law definition of sedition, with modifications to suit local circumstances.[1] The Malaysian definition includes the questioning of certain portions of the Constitution of Malaysia, namely those pertaining to the Malaysian social contract, such as Article 153, which deals with special rights for the bumiputra (Malays and other indigenous peoples, who comprise over half the Malaysian population).
Cuma aku tak tahu sumbernya betul atau tak. Aku harap aku share ni takdelah aku pulak yang kene Akta nanti sebab aku rasa apa yang aku kongsi ni cuma atas sebab nak bagitau dan nak tahu. Kalau nak baca lebih lanjut dekat WIKIPEDIA boleh klik SINI.







Tukar Header

Aku suka benda yang simple tak memening kan pandangan & kepala aku. Sebab aku tak suka rasa serabut. So kalau korang perasan header aku semuanya simple-simple belaka. So template aku pun aku tak berapa nak grand grand walaupun aku rasa aku sebenarnya boleh je buat yang berhias-hias tapi entahlah aku memang dari dulu suka je yang kosong kat belakang, senang citer biar dia blank white color as background.

Tulisan & lain-lain aku suka letak biar dia berwarna sket yang penting tak menyakitkan mata. Kalau ikut hati aku nak letak je muzik dalam blog biar blog berlagu-lagu, tapi masing-masing ada lagu yang orang tu minat & tak minat kan? Kadang-kala macam melambatkan loading page pun ader, so aku pun macam tak nak letak je.

Satu benda yang aku buang lagi ialah chat space or chat room ke amende yang dok tepi entri tu. Biasanya orang malas nak komen dia komen dengan chat tepi tu sebab senang. Tapi kalau ikut pengalaman aku, banyak spam dekat tepi tu, lagipun kan ada ruang komen dekat setiap entri? So why bother to put another comment space? Rasanya yang macam tu pun akan melambatkan page loading.

Aku suka letak gadget yang aku rasa penting & patut diletakkan je. So bila page kita loading, takde memakan masa yang banyak sampai orang yang tunggu pun rasa fade up. Korang kena faham juga, dah lah tenet kita ni tak laju-laju, nanti letak banyak sangat benda yang kene loading memang sah-sah orang pun malas nak tengok dah. ahahaha


Friday, November 28, 2014

GIVEAWAY KUSARAH 2014

*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Rancangan Time Tanam Anggur

Officially aku sekarang ni musim tanam anggur. Menunggu panggilan untuk berbakti kepada anak-anak bangsa nanti. Debaran yang aku sendiri macam dah penat nak layan. So sementara waktu ni apa yang aku tengah buat? Nada. Nothing.

Aku sebenarnya nak ambik upah design kad kahwin, banner & bagai la. Sebab aku ada kemahiran bab edit mengedit ni. Tapi orang kata nak promo tu kene buat dari awal. Aku tak tahu macam mana ahahah Tapi memandangkan aku tahu ada yang baca blog aku. Just in case you all nak minta design bende macam kad nama ke, formal in formal aku ada buat. Harga aku tak minta banyak, depends on what you guys nak.

Apapun, aku membusykan blog dengan join GA. Itupun aku memilih GA yang aku nak join. Hahaha. Aku ni cerewet, nak join GA pun memilih. Huhuhuuuu

Thursday, November 27, 2014

1st Anniversary Giveaway Mind Meld


Sengihan Akak AIRASIA yang buat aku sakit hati.

Kalau nak naik kapal terbang korang selalu naik kapal terbang jenama aper? MAS ke, AIRASIA ke, atau lain? Aku sengaja sebut dua tu sebab Malaysia feymes dua tu je kan? MAS aku rasa 3 kali je aku pernah naik hahah boleh dikira 1 2 3 jari. Aku ni lebih suka terbang dengan AIRASIA.. entah kenapa. Memang dari dulu mula-mula pun memang serasi dengan AIRASIA.

Sooo..alkisahlah aku nak beli saiz lugage ni tapi paling maksimum dia bagi cuma 40KG je dengan harga seratus lebih. Aku nak lebih lagi sebenarnya tapi memang itulah yang paling berat untuk lugage  kat tempat yang aku nak kot...

so pendekkan lah lagi cerita aku ni pada hari ni, beg yang aku bawa tu ada 6 jumlahnya semua. Gile pindah rumah. Ahahaa...So confirm-confirm lah 40KG tu tak cukup. Pastu bila tanya awek AIRASIA tu dia cakap sekilo kene bayar RM35 ringgit....Memang sah-sah lah student macam aku ni takde duit. Aku pun naikkan lagi satu beg lugage nak tau berat dia brapa, berat dia dalam 10 kilo lebih...Akak tu siap tekan-tekan calculator & tunjuk kat aku harga RM300 lebih tu sampai tersengih kat aku....

Aku sakit hati. Bukan sebab beg tak naik. Sengihan akak tu buat aku sakit hati. Aku tak bayar pun, aku hantar je lah sisa-sisa beg aku yang lain tu jalan darat. Giler nak bayar RM300 lebih untuk lugage? Dah lah itu baru harga satu lugage lebih...Aku ader 3 lugage lebih which mean boleh sampai Seribu Ringgit Malaysia!!

Memang aku depressed time tu. Sedih lugage aku yang lain terpaksa ditinggalkan. Paling sedih sengihan akak tu. Demmit..terngiang-ngiang.... Aku sedar aku ni tak kaya sebab tak mampu nak bayar tapi takyah kot tersengih-sengih?

Tuesday, November 25, 2014

Senarai GA Blogger Yang Korang WAJIB Join!

GA atau dalam bahasa penuhnya Giveaway merupakan satu aktiviti blogger yang memberi kan korang hadiah (kalau terpilih) setelah korang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur. 

Sebenarnya selain dapat hadiah, mengikut GA ni membantu menaikkan traffik & sekaligus menaikkan follower korang. So jangan lupa join GA yang macam aku dah join tu.

End on 03 December 2014 - Giveaway Kerusiburok : Ole-Ole Phuket
End on 03 December 2014 - Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com
End on 15 December 2014 - Manis Giveaway By Mama Darwiish
End on 15 December 2014 - Big Holiday Giveaway by Wani
End on 23 December 2014 - First Giveaway by Kamamimi
End on 31 December 2014 - Mega Giveaway by Sha Domoru

So takat ni ini je GA yang aku ada join & masih berlangsung sehingga ke tarikh tamat yang aku dah taip kat tepi setiap GA tu. Kalau yang dah join aku ucapkan semoga berjaya. Kalau yang belum join aku nak pesan korang tunggu apa lagi? Ahahaa

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Monday, November 24, 2014

Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar?
* Mereka yang akan mencuba Ephyra Skin Bar adalah mereka yang ingin memiliki kulit yang SIHAT  & CANTIK dengan menggunakan produk yang halal, berkesan dengan cepat, murah & sesuai dengan semua jenis kulit iaitu Ephyra Skin Bar, termasuk saya. :) Sebab saya pun jenis yang ada masalah kulit, sensitif, berminyak, berjeragat, berjerawat, kering, memang semua ada dalam satu muka.

Umur pengguna?
Umur yang tiada had limitnya sebab tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit, lihat saja kandungannya iaitu Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance. Memang sesuai untuk semua peringkat umur sama ada mempunyai kulit yang bermasalah ataupun sihat! Kalau macam aku umur 23 pun lagi lah boleh pakai ahaha XD

Jantina pengguna?
Pengguna yang boleh menggunakan Ephyra Skin Bar ini juga tiada limitnya, lelaki atau wanita kedua-duanya akan mendapat hasil yang amat baik jika menggunakan Ephyra Skin Bar. Jika aku penggunanya maka aku adalah wanita huhu

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)
Sesuai untuk semua jenis kulit kerana mengandungi bahan yang sememangnya mampu menangani pelbagai jenis kulit khususnya yang bermasalah jerawat. Macam aku kata tadi, kulit aku ni 5 dalam satu, sangat kombinasi.

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Aku memiliki kulit yang paling cerewet setakat ni sebab dalam usia 23 tahun aku masih menghadapi masalah kulit berjerawat khususnya dibahagian pipi. Sudahlah mengalami jerawat, bekas-bekas jerawat juga sangat ketara kerana kulit aku jenis cerah menyebabkan kulit muka kelihatan seperti comot & memiliki banyak jerawat. Untuk mencari produk yang sesuai juga merupakan masalah bagi aku kerana aku sendiri yang perlu mencuba produk-produk tersebut untuk mengenalpasti mana yang sesuai dengan kulit aku. Memandangkan Ephyra sebelum ini mendatangkan kesan yang baik kepada aku sepanjang pengambilan minumnya yang sedap itu, maka tidak salah untuk aku mendapatkan Ephyra Skin Bar bagi mencari produk yang benar-benar dapat menambat kulit muka saya yang cerewet ini. Semoga Ephyra Skin Bar menjadi milik aku untuk aku menjadi pengguna & testimoni yang paling berjaya jika ianya benar-benar berkesan untuk aku. Huhuuu..

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)
Ya, merupakan pengguna Ephyra yang sedap dan berkhasiat itu. Namun disebabkan masih study & perbelanjaan tak cukup so beli bila ada bajet je huhuhu Namun sempat mencuba 90 paket Ephyra sebelum ni & kesannya memang menyihatkan & membantu untuk memperbaiki kulit saya yang memang merupakan kulit sensitive yang mudah berjerawat.


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Sunday, November 23, 2014

First Giveaway by KAMAMIMI



First Giveaway by Kamamimi

Jom lah join bagi meriah. 50 + + pemenang dicari!

Ditaja oleh :
Kamamimi | Nur As | Kasut Kusut | NaD Dea | Mohd Noor Shawal | BudakVanilla | Syahirah  Valiant | Cik N.A | Kemanyerla | Mrs. A | Norihan bt Yusuf | Allene | Chocake watie's kitchen | Iola | Budak | Frau Lisa | Nurashikin ZA |


23 November 2014 - 23 Disember 2014

Mega Giveaway by Sya Domoru

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


Senarai hadiah gempak :-
  • Blouse x 1 by Rexylla
  • Blouse x 1 by Mak Jah Closet’s
  • Telekung x 2 Jubah Muslimah Moden *New
  • Handsocks x 15 by Jubah Muslimah Moden *New
  • Selendang x 2 by Wir Aida
  • Cash RM 10 x 2 by Maishoppe
  • Keychain from Bandung x 1 by Nur Syazwani
  • Supplement Shaklee Chew Vitamin C x 2 by Maishoppe
  • Sophie Love Mirror x 1 by Be Fabulous with Sophie Paris
  • EXO - Die Jungs Unofficial Polaroid Set (30pcs) x 1 by A.M Kpop Shop *New
  • Random Badge (KPOP RELATED) x 3 by A.M Kpop Shop *New
  • Bap socks x 1 by Shiedah 
  • SD photocard x 2 by BB K-House
  • Pvc photocard Chen x 1 by Shiedah
  • Sticker Exo x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Sticker Infinite x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Sticker Super Junior x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Xoxo (EXO poster) x 1 by Choco K-pop Shop
  • Infinite goodies x 1 by Korean Shop Collection
  • Baju Overdose (EXO)long sleves x 1 by Nur Syazwani
  • Discount voucher 10% by Rexylla
  • Discount RM 10 x 1 for unofficial merchandise by A.M Kpop Shop *New

TARIKH TAMAT 31 DECEMBER 2014. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI DIAMBIL ORANG. HEHEHE

Ada Apa Dengan Tidak Sempurna?

[YOUUBE]


Kadang kala aku tertanya-tanya, kenapa ada sesetengah manusia di dunia ini yang sanggup untuk menjalankan pembedahan plastik untuk menjadi 'sempurna'? Adakah mereka tidak 'sempurna'? Atau mereka nak menjadi lebih dari 'sempurna'.

SEMPURNA. Apakah definisi sempurna pada korang? Kalau pada aku? Aku rasa perkataan itu sebenarnya tidak membawa apa-apa erti yang boleh dipegang oleh manusia melainkan Allah. Sesungguhnya manusia dicipta sempurna namun janganlah manusia menjadi buta kerana pujian Allah itu. Ada maksud tersirat yang sangat mendalam tentang kesempurnaan manusia itu, namun ramai ramai yang suka meletakkan definisi tersendiri mengenai kesempurnaan diri.

Video kat atas tu aku rasa boleh dijadikan inspirasi atau kesedaran kepada semua orang. Hidup ni kalau kita terlalu berpegang kepada kemahuan nafsu dan pandangan orang terhadap kita maka itu bukan lagi hidup kita tapi hidup orang lain sebab kita sedang menjalankan kehidupan yang diingini oleh orang lain. Tapi andai kita menjalankan kehidupan kita tanpa bergantung kepada kesempurnaan dan pandangan orang lain...maka kita pasti berjaya dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in’.”
[Elizabeth Ann “Lizzie” Velasquez]

Saturday, November 22, 2014

Kereta Kecil

Belum kerja sudah pasang angan-angan nak kereta. Tapi angan-angan itu sebenarnya perancangan aku untuk masa depan aku. Kereta kalau sudah bekerja bukan menjadi satu kemahuan lagi, tapi sudah menjadi satu keperluan. Betul tak?

Tapi melihat keadaan ekonomi yang semakin membangun kononnya, dengan harga yang semakin mahal bagi aku, dan perlaksanaan GST memang baik lah untuk Malaysia. Keuntungan Malaysia aku rasa mesti semakin berlipat ganda sebab GST akan dilaksanakan, lepas tu subsidi pula dah kenal tarik balik, dalam erti kata lain telah dimansuhkan nanti...

Bila aku fikir pasal masa depan aku kan, aku pula yang rasa takut nanti andai kata aku tak mampu nak bagi duit belanja dekat orang tua aku di kampung. . . . Iyelah, aku yakin ramai yang bekerja antara tujuannya ialah membekal duit belanja kepada orang tuanya walaupun kita tahu mereka ada duit. Kan?

Lepas tu aku mula merancang keperluan aku yang paling asads iaitu kereta. Asalnya nak beli kereta jenis second hand. Bila fikir punya fikir punya fikir....kereta second hand ni selalunya bukan semua ok tapi selalunya yang bermasalah, kalau bukan sebab dah pernah accident mesti kena something sebab tu dia jadi second hand. Nanti belanja nak fix ini itu membebankan... Ok fine.

So fikirkan cara lain...Beli kereta baru. Kereta besar bukan tak mampu..Aku rasa mampu kot. Tapi yang tak mampu tu bila nak service la, nak minyak la, nak tayar lah...Aduyai, takkan beli kereta tapi pakai sekali seminggu je? Ahahaha Hari-hari lain naik bas ke? So akhirnya gua stick to kereta kecil iaitu PERODUA VIVA. Kenapa? Masa aku drive kete viva member aku, kau rasa selesa je memang tak macam kancil lah hahaha Aku guna kancil memang tersiku-siku orang kat sebelah ahaha.

So viva. Ada apa dengan viva? Dia kecil, dia kereta, dan yang penting dia jimat minyak. Betol tak? Aku yakin ramai pakai viva akan cakap dia jimat, memang jimat walau pakai aircond, apatah lagi tak pakai aircond.

Aku rasa zaman sekarang ni...Kalau nak beli ikut nafsu, ikut pandangan masyarakat memang boleh jatuh muflis lah...Aku rasa aku lebih rela beli ikut kemampuan aku je. Biarlah orang nak kata aku ni miskin sebab pakai kete kecil nanti. Biarlah orang yang pakai ninja king yang pakai kete tinggi-tinggi tu pandang aku macam xde harga, sebab aku yakin bila ke mati nanti kereta tu tak boleh juga dipandu ke syuga. Ahahaa.....

MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Kali ni ada giveaway yang paling havoc! Sebab apa? Sebab korang boleh pilih hadiah yang korang nak. Serius ni! Bukan aku suka-suka suruh korang pilih atau suruh diri aku sendiri pilih! So bila dah kena offer maka takkan kita tak nak kan?

So...Saya nak hadiah 

Avon True Color- Over Nature Makeup Pallete (eyeshadows & Blusher)
Avon Ultra Color Rich - Over Nature Lipstick
Avon Sweet Honesty Moments - EDT 50ml

Penaja :  Kelly Chin


Rasa jeles sudah membuak ke? Tunggu apa lagi? Mari join cepat.

Bila Blog Kena Review Parihh

Blog Parihh ni sebenarnya ada buat segmen blog review tau. Memandangkan macam ramai sangat aku rasa yang join segmen ni, so review yang dia buat memang simple but menekankan apa yang ada pada blog yang dia review tu. So kalau nak tau boleh je korang pi melawat Blog Parihh tu...Alahai...bukan jauh pon....Klik je SINI.

Bagi yang nak tengok blog aku yang dia dah review pula boleh klik dekat SINI.

Friday, November 21, 2014

I Am Too Honest

Aku rasa apa yang aku ada ni maybe merupakan satu benda baik atau satu benda buruk yang orang lain maybe akan suka ataupun maybe tak akan suka. Depends lah kot kan? But aku ada satu tabiat ni yang mana aku kalau tak suka seseorang tu memang akan ketara sangat sebab aku sendiri pun akan cakap yang aku tak suka kat orang tu ahahah Annoyying giler ada perangai macam ni. Aku ni memang kalah dalam bab berpura-pura dengan orang dewasa.

Yang baiknya kalau dengan budak aku still boleh cover lagi. Tapi memang jarang lah kot tak suka bebudak ni. Tapi itu je. Kalau aku dah memang tak serasi dengan tabiat tu, aku tak boleh nak berpura-pura baik dekat orang tu. Aku tak bangga dengan tabiat macam ni sebab aku rasa tabiat ni memang tak boleh nak buat hubungan tu erat or baik dengan somebody.

So memang aku harap tabiat aku ni boleh aku ubah sikit, kalau tak suka pun pura-pura suka kat orang tu walaupun annoying tahap gaban. Bole ke? Apa pendapat korang? Kene berpura-pura baik ke even if tabiat orang tu memang kita tahu semuanya plastik? Aku ni tak berapa selesa dalam keadaan berpura-pura serius. Aku akan rasa bersalah sangat-sangat bila aku berpura-pura...entah datang dari mana tabiat & perasaan macam ni...Aigoo....

Wrap Up My Life

Dalam masa beberapa hari lagi kitaorang semua akan berpisah membawa haluan ke rumah masing-masing. 5 tahun setengah aku rasa bukan satu masa yang singkat untuk mereka yang tinggal di hostel mahupun asrama tak kiralah berapa umur pun sebab ke kelas kita jumpa orang yang sama, balik bilik pun jumpa orang yang sama. So kiranya memang membesar bersama-sama, baik bersama, buruk bersama..semua pun bersama....

Aku jenis caring sebenarnya..Hati pun lembut je..tapi tak tau macam mana nak tunjukkan sebab aku ni macam perwatakkan ganas je..Ahahaa...Lepas tu aku ni jenis kuno tau. Aku suka dapat poskad, suka dapat surat...Even hadiah last untuk kawan-kawan aku a.k.a sisters pun aku bagi setiap sorang sekeping surat yang aku sendiri buat sampulnya...

Malam ni aku borak lagi dengan dorang...Actually aku tau aku akan rindu banyak kawan-kawan aku... Hopefully semuanya akan baik-baik belaka..Ada yang dah balik Johor, Kelantan, Pahang, Kedah...Tak sangka aku ada kawan di seberang laut sana & berpeluang untuk mengenali mereka.

Masing-masing mempunyai pelbagai rasa masing-masing mempunyai pelbagai fikiran...Tapi dengan satu harapan..Supaya dapat bersama dan berjumpa lagi setiap orang yang pernah bersama, masa senang dulu pun bersama dan masa susah pun dulu bersama. Terasa macam baru semalam je kitaorang berkawan lepas tu dah nak berpisah.

Lepas ni aku akan masuk ke alam kehidupan yang baharu. Tiada lagi kehidupan manje-manje macam ni sebab lepas ni aku akan masuk ke alam pekerjaan. Aku cuma harap aku boleh bekerja dengan baik dan ikhlas...Apa agaknya perasaan masuk ke alam pekerjaan ni..Aku sendiri tak boleh nak agak..Apatah lagi nak bayangkan. Tapi yang pasti, aku bersedia menerima cabaran yang akan datang!


Monday, November 17, 2014

Full Day

Hari ni bagi aku merupakan hari yang penuh dengan aktiviti yang buat aku rasa ok dan agak bermakna sangat. Kenapa? Sebab hari ini aku telah menduduki kertas exam yang terakhir sebagai pelajar di dalam Institut Pendidikan Guru Malaysia. 5 tahun setengah akhirnya akan berlalu dalam masa beberapa hari lagi maka tahun depan bermulalah aku dalam hidup ku ke alam pekerjaan dengan pikulan tanggungjawab yang besar sebagai guru.

Hari ni juga sebenarnya genaplah masa 24 jam aku tak tidur. Beberapa hari ni tidur agak terganggu semalam tak dapat tidur langsung dan berjaga sehingga ke pagi. Awal pagi jam 8 pulak sudah bergerak ke bandar yang memakan masa 40 minit untuk ke pos office. Untuk apa? Untuk pos kan hadiah giveaway yang aku sponsor semasa aku masih menggunakan blog lama aku. Walaupun agak rugi juga jadi sponsor sebab tukang buat giveaway tu tak nak tukar link ke blog baru tapi takpe lah...Maybe dia ingat aku nak minta tukar dekat kod sekali? Atau dia jenis berpendirian tetap? Yang pasti aku rasa maybe semua tu, masa tu, ketika itu bukan rezeki aku untuk orang follow.

So aku ada sponsor juga untuk
"Giveaway Super Duper Awesome By Jaja"
Kalau korang tak keberatan silalah join GA itu :) & kalau ikut blog lama... ini merupakan GA ketiga yang gua berpeluang untuk sponsor dengan happy :). But since this is new, aku nekad bermula semula dari bawah dan cekal kan hati untuk meneruskan perjuang dalam berblogging.

Since esok sebenarnya aku ada kursus & kursus tu tajuk macam best, macam menarik & kepala aku pun dah macam ringan belon je...Aku better tido sebelum aku sakit. Ahahaha...Good Night Good People!

Sunday, November 16, 2014

Cara Nak Pilih Laptop @ Notebook

Tahun 2014 hampir-hampir dah nak sampai ke penghujung. Nanti tak sedar tahun dah bertukar ke 2015 dan bermula lah lagi satu tahun yang baharu untuk semua orang. Biasanya hujung-hujung tahun ni ada banyak promosi jualan yang akan berlangsung dan disitu lah ramai student atau sesape saja lah..Akan mengambil kesempatan untuk gi membeli keperluan mereka. Antaranya aku yakin laptop @ notebook.

So how do you choose your laptop?  Pilih ikut warns semata-mata? Pilih ikut harga? Pilih ikut jenama?..... Di sini aku akan berkongsi pendapat & pengalaman tentang cara nak pilih laptop mengikut spesifikasi yang harus korang utamakan dulu. Kecualilah anda yang membaca ni memang sudah pro laptop maka sila hiraukan jika anda rasa entri ini tidak membantu. :)


1. Laptop untuk apa?

  • Kenalpasti laptop yang korang sedang nak beli itu untuk apa? Sekadar untuk menaip? Atau nak buat designing? Nak main game? Nak digunakan untuk kemana-mana? Kenapa kena tau semua ni? Sebab bukan semua laptop boleh digunakan untuk tujuan editing, & bukan semua laptop senang dibawa kemana-mana saja.

2. Jenama & Model


  • Jenama itu penting sebenarnya. Korang kena rujuk banyak review tentang sesuatu jenama & model laptop yang ada dipasaran. Sesetengah jenama laptop ada modelnya yang baik & ada yang so so je..Jadi korang kena bat research untuk jenis laptop yang korang rasa sesuai untuk tujuan korang itu. Berdasarkan pengalaman aku? 
  • Jenama DELL dari segi laptop & service dia ok. Kalau korang nak claim waranty dia ada onsite waranty yang bermaksud dia akan datang ke tempat korang sendiri, cuma Dell ni dia pricey sket, mahal buat tahan. 
  • Jenama ASUS. Setakat ni laptop dia semua aku rasa ok. Lagipun dia murah & spesifikasi dia boleh tahan juga. Namun pengalaman aku menggunakan Zenbook Asus agak buruk, sebab dengan harga yang mahal walaupun baik namun dia tak tahan sampai setahun pun. Even masa claim waranty it is not very customer friendly, so aku agak hampa dengan ASUS sebab aku seriously banyak promote ASUS kalau member minta pendapat pasal ASUS.
  • Jenama TOSHIBA. Laptop jenama ni banyak yang baik pada pandangan aku, cuma kebanyakkannya berat. Memandangkan aku ni jenis yang kena bawa laptop kesini kemari..Maka aku tak berapa sangat dengan Toshiba, tapi rasanya korang boleh survey kat kedai sebab dia macam dah ada yang ringan kot?
  • Jenama ACER, SONY, SAMSUNG, LENOVO, HP. Aku bukan pengguna untuk jenama ini & tak pernah menggunakan Acer so...I cant comment Anything about it.
  • Jenama MSI. Aku tak menggunakan laptop jenama ini tapi sekadar perkongsian, jenama untuk laptop ini sesuai untuk gamers. Spesifikasi untuk jenama laptop ini memang dibuat khas untuk pemain game. Aku tahu sebab member aku yang giler game dah tukar ke laptop jenama MSI ni..Huhuuu
  • Jenama APPLE. Komen aku? Andai korang ada duit lebih, bajet lebih tak salah korang beli laptop jenama Apple. Why? Sebab memang berbeza laptop jenama APPLE ni daripada semua jenama di atas. Aku tahu sebab aku dah tukar kepada MacBook Pro. 
  • Okey. Kesemua jenama yang aku sebutkan itu adalah jenama yang boleh dikira ketahui oleh penduduk Malaysia. Daripada semua jenama itu korang boleh buat research untuk mengenali laptop yang sesuai dengan korang.

3. Processor, RAM & Hardisk.
[Taken from GOOGLE IMAGE]
  • Processor. Kalau korang beli laptop perasan tak ada sticker macam ni? Benda ni dinamakan processor yang dekat dalam laptop korang tu. Semakin tinggi semakin baik tapi semakin mahal. Yang ni boleh dikira terbaru. Yang lama mungkin korang akan nampak dual core, pentium gitu.... Kalau laptop yang korang nak gunakan tu nak taip semata-mata boleh guna paling basic i3 pun takpe, tapi rasanya tak rugi kalau nak ambik yang tinggi lagi. Kalau nak guna untuk editing atau lebih tinggi maka paling rendah adalah i5 dan sebaik-baiknya i7.
  • Bila dah pilih prosesor yang korang nak tu. Sila tengok juga kelajuannya. Sebab i7 contohnya ada yang cuma memiliki kelajuan 1.7GHz kadang kalau i5 rendah pun ada yang memilik 2.5GHz. Yang penting lagi tinggi angka GHz tu sebenarnya lagi baik.
  • RAM. Yang dia macam assistant kepada Prosesor & Hardisk tau, biasanya laptop standard dia akan bagi 2GB tapi korang boleh cari yang 4 GB atau upgrade ke 8GB atau 16 GB bergantung kepada prosesor & hardisk & fungsi laptop. Makin tinggi orang kata makin laju.
  • Hardisk @ hardrives. Bergantung kepada pemanggilnya..Hardrives terbahagi kepada 2 jenis sebenarnya iaitu SATA & SSD. SATA merupakan jenis  hardrive yang memang kita gunakan pada laptop dari dulu & sekarang cuma harganya sekarang lebih murah sebab ramai nak gunakan SSD. Apa kelebihan SATA & SSD?
  • SATA drives. Dia merupakan penyimpanan data yang selalu kita nampak di laptop 500GB atau sekarang dah ada 1TB. Kalau guna laptop yang SATA kena berhati-hati semasa bawa laptop sebaik-baiknya jangan tunggang tebalikkan laptop korang semasa laptop korang sedang bekerja. Kenapa? Sebab benda ni dia macam ada kepingan CD tau kat dalam, bila korang tengah buat kerja dia akan berputar lah..So korang faham kan?
  • SSD. Dia pun sejenis penyimpanan data tapi benda ni seriusly laju & sangat menjimatkan bateri laptop sebab itu kenapa biasanya ultrabook atau yang mahal-mahal korang akan dapati hardrives dia guna SSD. Walau bagaimana pun benda ni mahal...selalu korang boleh dapat dalam 128GB atau 256GB. Even dalam 256GB pun harga laptop sudah mencapai harga dalam 3ribu. Tapi kalau korang perasaan kebanyakkan laptop yang nipis & boleh dibawa kemana-mana sekarang menggunakan SSD sebab korang tunggang tebalik macam mana pun dia tetap ok dan tak akan mengganggu proses penyimpanan data.
Last but not least. Bila korang nak pilih laptop bukan bergantung kepada harga semata-mata. Ada kalanya kalau mahal sedikit pun takpe kalau sepsifikasinya itu berbaloi. Yang paling penting, bila korang dah pilih laptop mana yang korang rasa sesuai sila buat research dulu seperti tengok review untuk mengenali laptop yang anda nak itu sebelum anda pegi beli. Tujuan itu semua? Supaya anda tak rugi...Huhuhu..Kalau ada soalan bole je tanye, kalau aku tau, aku tolong jawabkan. 

Big Holiday Giveaway by Wani



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Cash RM10 x2 by Yan Saflina

Random.org

~Topup RM5 x2 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x2 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie

~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe

~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Animated Banner x2 by Nurin Edlyna
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



Friday, November 14, 2014

Segmen : Blog Review By Parihh

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Rasa-rasa nak kena review blog boleh je join segment ni. Kalau tak nak kena review pun join juga lah supaya kena review juga. Ahahaha So kalau tak keberatan sila join segmen blogger ini sebab dia pun tak tahu bila tarikh tutup sebenarnya apatah lagi aku yang cuma salah seorang peserta segmen ni..Lagi lah tak tau pape...Ahahaa

Kecantikkan Selamanya?

Aku kalau bab buat entri agak-agak aku rasa macam tengah bagi ucapan philosophy pulak lepas tu macam malu aku jadi takde confidence nak buat entri sebab rasa-rasa orang akan boring ahahaha Tapi kadang-kadang bila dah yakin aku taip je lah, blog aku kan? Tapi kalau fkir kan pasal orang lain kesian pula kan orang yang follow aku & baca entri-entri aku...Tapi rasanya kalau boring sangat bole je korang tekan butang X dekat tepi tu ahaha

Setiap orang ada priority atau keutamaan dalam hidup mereka masing-masing. Ada yang hidup bermati-matian nak jadi lawa, so keutamaan orang yang macam tu selalunya nak pastikan diri dia lawa, daripada baju, ke kasut ke mekap, ke muka & ke badan. Ada yang sanggup tak makan seharian sebab nak nampak cantik. Well aku pernah nampak ada yang macam tu & aku rasa kasihan.

Kadang-kadang kalau aku terfikir tau. Nak jadi cantik tu memang idaman semua orang tapi kenapa ada yang terlalu taksub sehingga macam terlalu ekstreme sangat? Sehingga ada yang sanggup menjalankan pembedahan untuk mengubah kecantikkan mereka? Sehingga seumur hidup mereka adalah untuk menjaga kecantikkan semata-mata?

Aku hanyalah manusia biasa..Bukan nak menjatuhkan sesapa yang cantik atau yang berusaha nak jaga kecantikkan. Cuma bagi aku..Tak perlulah kan sampai berlebih-lebih lepas tu bila dah cantik show off sini dan sana. Ingatlah walau 10 kali buat pembedahan kecantikan pun kalau Tuhan dah kata tak jadi memang tak juga jadi seperti yang kita mahu. Sebab apa? Sebab Tuhan dah bagi lengkap kepada kita dan kecantikkan yang kita kejar itu cumalah satu level yang ditetapkan oleh manusia itu sendiri...



GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Thursday, November 13, 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Wednesday, November 12, 2014

Follow Follower

Aku ni jenis yang akan buat balik apa yang orang buat kat kita. Hehehe Ayat pelik. Tapi tak lah orang tu buat jahat kat aku, lepas tu aku pun buat jahat kat dia. Maksud aku..contohnya kalau dalam blog ni orang follow aku then aku akan follow dia balik Hehehee...

Dari blog lama aku pun aku ada tabiat begitu. Tapi kadang kala kita macam sibuk kan? Jadi tak terfollow. Hari ni aku nak follow dulu 10 orang....Nanti lepas tu aku follow 20 kalau mampu ehehhe...Aku harap yang dah follow aku tapi tak terfollow lagi harap bersabar...Hahaa Tapi aku rasa aku mampu kot follow semuanya sekarang juga. huhuhuuu

Aku tak suka ada jenis follower yang bila kita dah follow terus dia unfollow kite. Omaigad...Orang macam tu boleh je dibuang ke laut untuk menjadi baja ikan-ikan hahaha Gurau je. Aku tak suka & aku yakin ramai tak suka orang jenis macam tu kan? 

Kita nam follow bukan sebab nak orang follow kita balik. Tapi sebab kita rasa blog dia menarik. Atleast tak payah nak jadi budak kecik sangat kot, bila orang dah follow terus unfollow...nampak sangat ketidak profesional orang tu di situ...Sila jangan jatuhkan maruah diri sendiri demi mengangkat maruah dia rumah sendiri. :) Entah lah apa yang aku merepek tu...


Software Edit Yang Free Tapi Mantap!

Ada tak mereka yang suka nak design kad atau banner tapi tak tahu nak design guna software apa dan nak dapatkan di mana? Kalau boleh nak dapat free sebab bukan saje nak tamak dapat benda free tapi sebab belum ada kemampuan nak beli dan nak guna bukan secara profesional? 

Aku pun nak kata dapat jana pendapatan online memang belum lagi ada kemampuan begitu. Tapi aku masih memerlukan software yang baik dan berkesan paling penting FREE supaya aku dapat buat banner atau gambar ikut apa yang aku nak. 


[Taken from GOOGLE IMAGE]

Contohnya seperti header aku. Header aku ni aku buat menggunakan software online yang dibuat secara percuma. Korang boleh tengok di PicMonkey.com dimana dia menyediakan pelbagai bahan yang boleh digunakan secara percuma untuk digunakan. Sebahagian daripada bahan tu anda perlu beli atau sebenarnya menjadi pelanggan. Jadi rasanya yang percuma itu pun sudah cukup cantik & kalau korang cukup kreatif untuk mempergunakan yang percuma itu dengan modified ikut rasa, memang akan jadi mantap juga design korang tu. :) 

Yang penting korang tak rasa takut atau malas nak buat explorasi. Jangan takut untuk mencuba dan bertanya. Yang penting jangan malas untuk belajar perkara baru :)




[Taken from GOOGLE IMAGE]
Seterusnya ialah Photoscape atau kalau dekat Mac nama dia PhotoscapeX. Yang ni korang kena download daripada internet. Taip je photoscape download ke atau mana-mana ayat yang korang rasa sesuai tinggal klik download je. Pengalaman aku takat ni bab download photoscape dekat laptop masa guna window sampai guna mac ni takde masalah. Takde benda atau virus yang akan datang merosakkan apa-apa benda kecuali korang download benda yang salah atau dekat laman yang tak betul.

Sini aku bagi laman yang aku biasa download dan korang cuma tinggal tekan download je. Korang boleh klik SINI ataupun di SINIii.


[Taken from GOOGLE IMAGE]

Oke so software yang seterusnya ialah Adobe Photoshop CC. Aku yakin ramai yang tahu pasal Adobe Photoshop ni kan? Ada yang tahu dan tahu pakai. Ada yang tahu tapi tak tahu pakai. Yang tak tahu pakai ni mesti sebab takut susah atau ada tapi tak reti nak pakai kan? Macam yang aku cakap. Korang kena berani nak explore, kalau bab takut bahasa Inggeris korang tak payah risau lah sebab semuanya bahasa mudah, takat ni aku tak jumpa lagi dia guna bahasa Inggeris yang susah giler, lagipun dia tak guna ayat, dia banyak guna satu-satu perkataan...Jadi bagi aku tak salah kalau korang rujuk kamus untuk faham maksud perkataan yang korang tak faham dalam adobe photoshop tu. ehehe

Walau bagaimanapun... Untuk Adobe Photoshop ni korang cuma boleh dapat trial 30 hari je daripada laman Adobe. Boleh beli tapi kalau korang jenis pakai persendirian & jarang-jarang maybe tak berbaloi kecuali korang ni jenis ada banyak duit atau nak selalu guna. Kalau korang rajin boleh search untuk Adobe Photoshop yang ada crack code. Dalam erti kata lain yang ada hack formula. ehehehe

So takat ni tu je yang aku boleh kongsi dengan korang. Semuanya berdasarkan apa yang gua ada guna & pengalaman sendiri.