Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Plastic Surgery Kononnyerrr

Aku tau lama aku hilang. And aku minta maaf kepada sesapa yang serius follow update entri aku. Hehehe..

Aku menghilang ni pun bersebab. Sebab aku buat plastik surgery. Pada siapa? Bukan siapa. Lebih kepada apa. Pada laptop aku. Hehehe...

Aku upgrade laptop. 

Ramai yang tak sedar sebenarnya laptop yang korang ada sekarang boleh korang upgrade atau ubah isi dalam laptop itu sendiri atau dengan bantuan mereka yang pakar tentang laptop. Kalau nak beli laptop baru lagi canggih, lagi lagi yang power maybe dalam 3K atau 4k kan? Aku upgrade laptop aku baru-baru dari hardisk SATA kepada SSD & upgrade RAM aje dalam RM1777 termasuk upah nak buat. 



Maybe ada yang akan cakap 1777 itu terlalu mahal. But untuk dapat apa yang aku upgrade ni dalam laptop baru its gonna be really expensive dari harga yang aku dah bayar ni. Huhuhu...

Saturday, December 12, 2015

Review Blog Siri 31 - 35 : Peserta Oktober GA MekZumbie

31.
 
Actually aku tak tau header dia ni sengaja macam tu or memang loading page aku problem. Ini lah masalahnya kalau line lembap. Tapi aku suka header dia. Nampak macam pro & interesting. Hahahaa Jadi isi dia macam mana? Apa kata korang jenguk. Nanti aku dah cerita panjang lebar korang tak pi jenguk pula. Hehehe



32.
So aku rasa. Tengok header pun korang tau kan ini blog apa. Hehehe. Aku rasa tak rugi kalau follow blog macam ni. Sebab apa? Sebab entri dia mesti selalu up-to-date pasal semua jenis contest & GA. So kalau korang jenis yang memang tak boleh nak ketinggalan segala contest dengan GA memang wajib follow blog ini. Hehehe.


33.
 
So untuk blog seterusnya. Aku ni agak macam terkejut lah. Sebab apa? Sebab header dia soft je. Bagi aku soft la. I mean tengok gambar. Tapi kalau tengok overall blog dia..Mak aii...Macam dua personaliti kot. Hahaha XD Tak percaya? Cuba jenguk.


34. 
Untuk blogger peserta yang ke 34. Aku rasa maybe dia ubah setting ke aper? Sebab aku ingat dia punya blog aku dapat masuk hari tu. But aaju share aje. Manetau aku ke yang kene block XD Hahahaha singgah aje dekat  http://theathra.blogspot.com/ :)

35. 

Kalau tengok blog dia ni ada beberapa benda yang comel. Serius comel. Macam tuan dia tu yang menyandar dekat batu tu. Hahaha. Kalau korang tak percaya nanti korang masuk blog dia ni scroll sampai bawah & jeng...jeng...jeng...Nampak lah korang apa yang aku cakap comel itu. Hehehehe




Official Facebook Untuk Mek Zumbie Blog :)


Link aku belum sure macam mana nak letak. Tapi kalau korang ader free time sila la add ke, follow ke, arr... Hehehee :)

Friday, December 11, 2015

LAZADA TIPU PENJUAL BAGI PEMBELI HARGA MURAH GILA !!!


Aku baru je beli jam tangan lelaki kat LAZADA minggu lepas. Harga asal dari seribu lebih kepada hanya seratus lebih aje! Aku mula-mula ingat memang cincai ke aper, tapi bila jam tu sampai... Homaigaddd...Lawa siot! Ini pula ada lagi contest, memang aku tak nak lepas kalau kene bagi tunai lagi untuk shopping di LAZADA .....XD...

Jam yang aku beli tu Jenama dia OFFICINA DEll'ATTIMO, untuk si dia kononnya nak ganti jam dia yang pecah, frust menonggeng sebab jam tu ada sentimental value dia beli kat PARIS. pffttt.... Terpaksa aku pujuk XD. 

Tapi aku tengok ada sale gile gile dari LAZADA ni memang terus gatal hati aku nak membeli lagi. Sebab apa? Sebab ada beberapa benda yang aku aim nak sangat-sangat sebab aku perlu dan aku nak. Kalau sekadar nak nanti korang kata aku ikut nafsu pula kan? So aku memang perlu guna sebenarnya. Hehehehe

1. Aku perlu AIR PURIFIER


Aku rasa exhaust fan dalam bilik aku tu tak cukup. So memang aku tengah tengok-tengok mana yang aku rasa aku mampu tapi pada masa yang sama kecik aje tapi function dia all out. Takat ni memang ni je yang aku berkenan.  XD


2. Aku perlu TAB atau sesuatu yang besar dari henfon aku sekarang untuk nak buat nota tapi bukan dengan kertas.
Sebab setiap kali kursus, setiap kali mesyuarat atau setiap kali lepas aku dah tulis kat kertas aku lupa mana aku selit, mana aku letak. Jadi memang kerja aku selalu macam cincai. Memang dah lama aku aim ni. Tengok harga memang perrggh...Jimat!


3. Dan benda paling last yang aku rasa aku nak. Vakum Kereta.

Benda yang aku perlu sebab kete aku adui....Kalau nak gi cuci kete tiap-tiap minggu macam boleh tahan juga belanja duit ni. Aku ni kalau boleh memang nak try lah simpan-simpan or bajet-bajet belanja kan. Huhuhu....

Ini aje yang aku rasa-rasa nak beli dekat LAZADA takat ni XD. Sebab apa? Sebab ada beberapa item aku dah beli dekat LAZADA dan sedang menunggu. Manatau rezeki menang boleh lah beli lagi kannnn...Hehehe

SO? Jangan lepaskan peluang untuk beli barang idaman korang dengan harga tipu penjual sementara pembeli dapat harga murah pada 10.12 hingga 12.12.2015 nanti. Hehehe..Untuk maklumat lanjut? Pegi je : http://www.lazada.com.my/online-revolution/




P/S.. Aku baru aje order Sewing Machine ni. XD



Sunday, December 6, 2015

Bila Sudah Ketagih!

Haih...Sejak aku cuna sekali dengan member aku...Terus aku jadi teruja, terus aku jadi ketagih pada benda tu. 

Bukan nak cakap apa. Member aku memang dah lama buat benda tu. Aku tengok memang seronok diorang buat, memang diorang ada juga ajak aku sekali..Tapi selalu aku tolak sebab aku takut. Takut nanti aku pula yang tak boleh buat, takut nanti aku pula yang ditertawakan mereka yang sudah lama ikut buat macam tu.

Tapi entah kenapa hari tu aku nekad. Aku nekad walau apapun yang berlaku aku tak peduli. Aku akan ikut. Peduli lah sapa yang nak suruh aku tarik diri aku tak kisah. Sebab aku dah buat keputusan. 

Yang aku akan join larian 
Larian sejauh 12.8KM untuk novice macam aku. Bukan sekadar novice. Memang betul-betul first time aku lari actually more too jalan sejauh itu XD. Yang paling puas hati sebab ader medal.

And then aku ikut lagi my second marathon. Which is Zombie Infested Run dekat Kota Kinabalu. Yang tu best sebab aku mekap jadi zombie, padahal aku guna pewarna telur merah aje XD Nasib boleh hilang tau! Kalau tak aku jadi avatar merah dalam seminggu.


So aku sekarang ni memang dalam keadaan macam ketagih nak join lari. But semua yang dekat-dekat tempat aku ni aku terlambat untuk register. So....Terpaksa tunggu untuk next year. haih...

Saturday, December 5, 2015

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2015 SHEILA INSPIRE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Give Away Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire



Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Memberi Rezeki, dengan ini saya ingin melancarkan "Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire".... sempena template baharu ini dan keluarga besar blooger yang sering berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.... semoga ukhwah kita sentiasa terjalin,,, tegur-tegur la diri ini. Adakala tak berapa nak aktif kerana kesibukan tugasan.... Akhir sekali, saya harap dengan GA yang tak seberapa ini dapat menjalinkan hubungan kita sesama blogger.... Maaf yer gambar hadiah tidak clear....

Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.

Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm

Hadiah 

3 x (2 orang) (hadiah misteri)



1 x (1 orang) planner 2016


1 x (1 orang) diary 2016


3 x (3 orang) shawl H&M


1 x (1 orang) face tower + vase


1 x (1 orang) botol air


1 x (1 orang) beg mickey mouse


3 x (3 orang) pamplet set zikir Asmaul Husna


Setakat ini 12 peserta bertuah dicari dan mungkin akan bertambah dengan kasih sayang Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq.... Keputusan akan ditentukan secara cabutan bertuah pada 31 Dis 2015 InsyaaAllah, Allah Ya Baari'.... 


Senarai Peserta





Friday, December 4, 2015

Review Blog Siri 21 - 30 : Peserta Oktober GA MekZumbie

21.
Peserta blogger yang ke 21 ni pula aku tengok banyak giler jenis entri yang dia bagi. Korang nak cerita pasal retis ada, pasal tips benda-benda ader, memang semua complete set. So aku kira blogger ni memang rajin nak cari info-info yang paling latest & share kepada semua especially pembaca dia. Seriusly kalau korang nak updates on anything, pegi je dekat blog akak ni. Huhuhu....


22.

Blog ni pula aku tengok mesti jenis rajin nak blog walk ni sebab tengok update GA banyak ahahaha. Ada juga terselit-selit entri yang berkaitan dengan hidupnya iu. Sesuai dengan headernya tu which is actually aku rasa sangat unik kot. Hehehe...



23.
Jangan cakap header dia yang yang baik. Blogger dia pun baik sebab apa? Sebab dia akan buat bloglist penghargaan dalam entri dia & aku pun ada dalam tu ehehehe. Penghargaan apa? Korang pegi tengok cepat! hhahaha


24.
Blogger Cik Belbel ni aku tengok suka update pasal cerita retis dengan movie drama sekali kan, tapi itu untuk bulan ni punye lah. Kalau bulan lepas-lepas tak berapa sangat. Blog dia ni remix punya cerita. Hehehe Ada info pasal  blog, sikit-sikit info pasal routine life yang lain-lain korang pi tengok sendiri hehehe.


25.
Jangan korang tertipu dengan header dia yang simple, sebab isi entri dia ni power superb! hehehehe... Untuk blogger ni pula aku tengok rajin bebenor dia update entri. Epecially pasal movies, program and lots more. Ini kalau nak up-to-date memang boleh je korang follow dia terus. Kenapa? Sebab aku tak serajin dia ni. hehehehe 



26.
Dari blogger ni memang boleh dapat banyak entri GA yang best best. Aku rasa dia ni mesti rajin nak blogwalk bagai Hehehe So kalau korang nak dia pegi blog korang, rasanya tak salah kalau korang jenguk blog dia laju-laju. XD


27. 

Blogger ni pula banyak pasal life & pengalaman dia.  And then tengok button dia kat dekat header. Ada pasal PTPTN & Maybank. Maybe korang-korang yang nak sambung study dengan pinjaman duit belajar boleh jenguk-jenguk kat blog dia for more info. And then sesapa minat filem Tuan Anas Mikael pun boleh gi lepak blog dia huhuhuuu....



28.
Akak blogger ni pula kalau tengok header pun tau dia ialah pakar Shaklee. So sesapa yang nak tambah sihat tu boleh lah jenguk & hubungi akak blogger kite ni. Jangan malu-malu nak bertanya, kelak diri sendiri yang tak tau. hehehe Kalau tak nak makan takpe, boleh juga jadi tukang jualnya macam kak blogger kita ni. Hehehe..Cuba ushaaa.




29
.
Yang rarenya blogger seterusnya ialah blogger ni menggunakan platform WIX untuk blogging. Dia tak guna blogspot. Dulu pun aku ada juga terserempak Wix ni, ader register juga tapi tak reti & malas nak gune. Tapi serius, semua page WIx ni aku boleh cakap coollllll....Tak percaya? Cuba korang pegi tengok.


30. 
Hah ni pun jangan lupa terjah. Misteri sangat blogger kita ni kalau tengok dari header kan? Apa yang misterinya? Biarlah jadi misteri. So korang jangan lupa jenguk blogger yang ada header misteri ni, sebab kalau aku cerita banyak nanti tak jadi misteri dah. XD hahahaaa


Tuesday, December 1, 2015

Mari Jadi Volunter :)

[KLIK BANNER UNTUK DAFTAR]

 Sea Games pada tahun 2017 nanti akan diadakan di Kuala Lumpur. 
So aku tengok kat wesite dia actually dia perlukan bantuan sukarela daripada sesiapa yang mahu atau sudi sumbangkan tenaga dalam menjayakan SUKAN SEA di KL untuk tahun 2017 nanti. 
Jadi korang tunggu apa lagi? 




Friday, November 27, 2015

11 Soalan Yang Aku Sudi Jawab.

So salah seorang rakan blogger telah mengeTAG aku dalam  entri jawab 11 soalan hahaha. Lebihannya korang boleh tengok kat SINI.

So apa soalan-soalan yang dikemukakan sahabat blogger kita si RRai @ Nur Raihanah?

  1. Your first impression when you visit my blog.
  2. Orang yang paling dikagumi dalam dunia blog ni and why?
  3. Your most favourite singer from Malaysia. 
  4. Your colour theme of your blog and why you choose the colour?
  5. Most beautiful memory you will never ever forget.
  6. Haiwan yang paling ditakuti and why?
  7. Do you believe in second chances?
  8. Have you become stranger with someone once you called friends?
  9. If you get a chance to be a hero/ heroin, what movie you want to be and why?
  10. Your favourite flower.
  11. Coffee or tea?
So untuk setiap soalan itu jawapannya berdasarkan nombor soalan okey? Hehehe

1. Header aku tengok macam muka kawan aku dekat tempat study. Tapi kali kedua pandang sebenarnya bukan. Hahaha From header nampak ada ciri-ciri tersendiri tuan punya blog ni. Hehehe
Semua gadget nampak kemas sangat, dengan colour yang sesuai which pink, green and orange.

2. Orang yang paling dikagumi dalam dunia blog ni tidak lain tidak bukan ialah blogger Ben Ashaari. Sengaja aku tak letak link. Tengok korang rajin cari ke tak. Hahaha But seriously, beliau jugalah kenapa aku boleh terjebak dalam dunia blogging ni. Inspirasi untuk memulakan blog & pada masa yang sama beliau juga tidak membuatkan aku rasa macam dia tak sombong ke atau berlagak. A very good person I guess.  :)

3. Favourite singer. Ini agak payah aku nak jawab. Sebab kalau bab artis-artis ader keluar exam konfirm aku dapat 9G. hahahaa Bukan aku tak tau penyanyi. Cuma memang dari aku kecik lagi aku tidak terbiasa atau terikut-ikut nak tau atau jadi fans mana-mana penyanyi atau artis dunia. Even kalau member aku bercerita pasal penyanyi pun aku blur, yang aku tau lagu, yang menyanyi aku tak ingat. hahahaa

4. Colour theme untuk blog aku ialah fun colour. Kalau ikut betul aku nak putih je kot. But since aku guna template yang aku sendiri paham sedikit-dikit je. So aku letakkan warna-warna yang aku rasa fun. Hahaha XD

5. Most beautiful memory yang aku takkan pernah lupa? Emm...Banyak sangat beautiful memory aku ni. Entri sampai hujung dunia belum tentu aku dapat cerita. XD Tapi ada satu memory aku yang unik dan aku rasa jarang-jarang berlaku kat orang lain & sampai sekarang memang aku ingat. Memory itu ialah memory aku digigit kuda. XD ahahahaa

6. Haiwan yang paling ditakuti. Ermm...Walaupun aku pernah digigit kuda tapi aku tak takut juga kuda tu. Sebenarnya aku lebih takut pada ulat sampah. Seriusly geli tauuu...!!

7. Aku percaya pada second chances. Tapi peluang kedua ialah peluang yang paling susah nak dapat. Serius kalau aku ada peluang kedua memang aku takkan sia-sia kan peluang tersebut. Sebab peluang kedua means you get to fixed the mistakes you've made. :)

8. Well...Benda ni sebenarnya pada aku merupakan benda yang sangat merugikan bila kawan baik menjadi stranger tiba-tiba. Aku sendiri rasa sedih. Ada beberapa kawan aku begitu...Dan aku sendiri pun tak tau macam mana nak recover semula sebab aku tak tau punca atau sebab kenapa benda tu terjadi, maybe sebab aku? Tapi apa salah aku?

9. Kalau aku ada peluang nak jadi hero atau heroin dalam movie. Ermm.... Sorry hahaha serius aku takde sapa nak jadi XD

10. Bunga feveret aku.

11. Coffee or Tea? Aku minum coffee paling banyak maybe 3-4 kali setahun. Serius 3-4 kali setahun XD ahahhaa. I really prefer tea. Tapi itu pun mesti tea susu :). Hahahaa

So aku macam segan nak tag korang-korang ni. But kalau sape-sape free boleh join tapi ini aku ada soalan aku sendiri. XD

1. Kalau korang boleh balik ke masa lampau, apa yang korang nak ambik?Kenapa?
2. Kalau korang betul-betul dah kering duit, siapa yang korang akan cari untuk minta duit?
3. Antara baju baru dengan kasut baru. Mana yang korang nak? Kenapa?
4. Ceritakan tentang kawan baik pertama korang.
5. Makanan yang korang trauma nak makan lagi.
6. Sesuatu tentang air dalam kehidupan korang.
7. Tempat makan feveret dari duhulu kala sampai sekarang.
8. Benda paling jahat yang korang pernah buat.
9. Benda paling mahal yang korang idamkan.
10. Tempat yang korang nak sangat pegi tapi tak terpegi-pegi lagi.
11. Kenapa orang mesti lawat blog korang XD....

Kalau korang ada buat entri ikut soalan aku, jangan lupa tinggalkan link. InsyaAllah aku boleh buat sedikit review untuk retag post entri korang. XD

Lepas Ni Semua Boleh Sesatkan Diri Dengan Mudah.

Aku tengah scroll cari isu panas blogger. Untuk aku terjah & baca. Dan aku singgah pula ke blog otai besar kita ni, blog Ben Ashaari.


Nampak tak? Nampak tak kajian nak mengharamkan apa?

Pada pendapat aku? Memang Waze ni patut diharamkan.
Kenapa?
Sebab setiap kali aku ke tempat baru, ke jalan yang baru aku mesti cari Waze.
Biarpun nak jalan kaki aku tak tau jalan mesti aku cari Waze.
Menyebabkan otak aku tak berkembang untuk berusaha sendiri.

Secara tidak langsung menyebabkan semua masyarakat Malaysia ni jadi pemalas sebab tak reti nak cari jalan sendiri kan?

Lepas tu memang mengancam negara sangat Waze dengan Google Maps ni.
Kenapa?
Sebab orang yang nak sesat tu akan jadi makin lama makin sikit.
Orang nak kemana dari tak tahu terus jadi tahu.
Hah haramkan la benda yang tak guna ni.

Duhai Sayang...

Aku tau some of you guys tau aku kerja as apa. Hakikatnya bukan aku tak bangga, cuma bila berkawan dengan orang lain aku akan elakkan daripada nak cakap apa kerja aku, bukan tak ikhlas tapi nak elakkan orang lain tu rasa segan nak berkawan dengan aku.

Bukan apa...Dah banyak kali aku jumpa orang yang keje pegawai biasa, bila dah senang berkawan terus tau aku keje aper boleh pula segan-segan nak berkawan dengan aku.. So aku sendiri rasa tak syiok...

Begitu juga kalau bab bercintan cintun ni. Aku ada member yang keje kilang susu aje. Masa mula-mula kenal mesti dia akan cakap aku ni keje kilang, awak tu keje cikgu. Aku rasa macam tak gune je ayat macam tu.

Ini lah persepsi manusia, bagi mereka hidup akan senang kalau bersama dengan orang yang kejenya kira senang. Tapi aku berpengang pada prinsip rezeki Allah. Aku yakin even kalau Allah dah cakap rezeki bukan pada diri sendiri, kawin dengan jutawan pun belum tentu senang. Betul tak?

So guys & girls out there. Cari lah apa yang menyenangkan diri kamu di akhirat nanti. :)

Monday, November 23, 2015

Review Blog Siri 16 - 20 : Peserta Oktober GA MekZumbie

16.
Actually kalau aku tengok rasanya PokCikBlogger ni seorang guru or cikgu. Hehehe Macam kitaorang ada minat yang sama cuma nama aku bukan Mokcik aje. ahaha XD Ada juga terselit setiap gambar yang penuh seni dan maksud tersirat dilampirkan bersama dalam entri beliau. Aku rasa kalau guru yang nak banyak informasi atau rasa-rasa nak kenal kerja guru tu boleh lah follow blog beliau sebab info dalam blog beliau pun aku tengok seronok juga penulisannya.

17. 
Blogger comel ni pula selalu update ikut aliran semasa. And then macam kira news dia pun bukan jenis yang keluar paper lah tapi menarik, bukan semua tapi I mean most of them. But yeah. Terjah blog awek comel ni and then you guys akan faham apa yang aku maksudkan. Hahahahaa...

18. 

Ini blog sesuai untuk mommies juga. All about how to kepada babies si mommies. By far pada pendapat aku blog macam ni boleh dipercayai sebab blog mama mama begini selalunya cerita based on their experience and diorang sendiri dah pernah cuba tips yang diorang bagi tu atau diorang dah lalui sendiri. Kepada bakal mommies atau mommies yang masih mencari jalan penyelesaian babies boleh lah follow atau terjah blog ini yerrrr :)

19.
Amazing aku rasa blog Syahira ni hehehe Sebab banyak betul part bling blingnye itu.  Kalau tengok header mesti orangnya ni peminat bling bling stuff kan. So kepada sesape yang nak tengok GA. Aku cadangkan boleh jugak melawat blog dia ni sebab majo update is all about GA ehehee

20. 
Blogger ni pula aku suka baca entri dia especially kalau ada gambar. Sebab apa? Sebab cukup untuk aku tengok. Aku ni ikut saiz badan aku. Aku suka benda yang saiz dia besar especially dalam blog, senang aku nak tengok, supaya aku tak perlu kecikkan mata nak tengok apa yang dia dah post ehehhee. Dalam blog dia ni ada sedikit pasal GA ada juga pasal tips, and some about life dia. So kalau korang tak keberatan sangat, boleh je terjah blog dia ni. Page loading pun okey walau gambar dia beso. 

So jangan tunggu cepat gi blog blog yang aku dah review semua ni. hehehe

Thursday, November 19, 2015

Hadiah Belum Claim

Hello gaissss :)
So officially sebenarnya macam dah beberapa minggu sejak aku umumkan pemenang Yang Sebenar : Senarai Pemenang OKTOBER GIVEAWAY b... aku tu untuk OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE.

Kalau ikut senarai pemenang takat ni yang bagi respon tentang hadiah ialah

Nur Raihanah
Hadiah Misteri telah sampai ke tuannya

Azieera TajulRahim
Topup RM5 telah sampai ditopupkan

CikLa Shahril
Cawan comel telah sampai ke tuan comel

Along Misuari
Status magnet fridge ialah selamat sampai ke tuan yang sepatutnya hehehe.

Riana Littlecuties
Topup Rm10 dah claim :)

Hayati Sakaria
Topup Rm5 aku dah hantar hehehe :)


Dan berikut yang belum lagi bagi status atau yang belum reply pm aku hahaha

Mimi Kyum
# Cawan comel dah post tapi status tak tau

gulew kapas
# Topup Rm10 belum tertopup sebab aku tak dapat nak hubung XD

Cik Belbel
# Topup Rm10 belum claim. Aku nampak macam ada je melepak dalam blog aku haritu ehehhee

Cik Tie
# Topup Rm5 belum claim T.T


Cikk Mimin
# Status magnet fridge tak tau sampai ke tak?


Untuk topup aku ada cuba hubungi PM dalam fb tapi takde reply sampai sekarang. Tapi Gulew Kapas sila pm aku sebab aku failed mengubungi anda XD ahahaha

Wednesday, November 18, 2015

Fesyen Terkini : Apa Lagi Kalau Bukan Dengan Zalora kan?

Korang tau kan Zalora sekarang macam dia banyak update fesyen dekat dalam laman dia tu. Aku tengok pun memang rambang jugalah mata aku tu. Sampai Zalora pun jadi penaja dalam satu rancangan fesyen dekat Astro Channel 702 tu. Aku lupa tapi Sazzy Falak jadi penggubal fesyen XD.

Kat sini aku letakkan sampel fesyen dalam Zalora yang aku rasa fulamak memang boleh beli tak kira sapa pun & kalau lengan tak panjang tapi nak tutup aurat boleh je korang cover dengan cardigan ke, jeans jacket ke, dia tetap lawa. 

Fesyen Terkini


Sebabkan Zalora tau kan, yang market dalam fesyen bukan sahaja dipakai oleh orang bukan muslim. So fesyen untuk mereka yang masih berminat nak look beautiful tapi menutup aurat juga diketengahkan. Malah aku tengok memang stylo jugak fesyen muslimah ni. 



Even if you guys rasa macam tak nak beli ke apa. But take a chance, cuba pegi survey tengok for fashion tips. Mana lah tau korang ada ternampak benda yang sesuai untuk ditambah dalam outfit korang tu kan? Hehehe Jangan lupa just pegi ke ZALORA, rakan fesyen terkini anda! :)