Search This Blog

Sunday, February 8, 2015

Fakta Tentang Puting Payudara a.k.a NIPPLES (18sx)

Sebelum korang meneruskan pembacaan ini. Sila pastikan anda sudah melebihi umur 18 tahun dari segi mental & fizikal. Terima kasih

Payudara ialah sepasang buah dada. Itu merupakan payudara yang biasanya dapat dilihat dengan lebih jelas pada kaum wanita. Puting payudara pula merupakan salah satu bahagian yang terdapat pada payudara wanita & juga lelaki. Korang ingat orang pempuan je ke yang ada puting payudara?

Fakta 1
Setiap manusia di dunia ini mempunyai puting payudara. Apabila kita sedang tercipta didalam perut ibu kita, puting payudara kita dahulu yang akan terbentuk apabila badan kita mula membesar & membentuk.

Fakta 2
Puting payudara manusia mempunyai pelbagai jenis warna, saiz, dan bentuk. Ada yang berwarna gelap, cerah, merah jambu, besar, kecik dan macam-macam lagi la...

Fakta 3
Ketulan kecil-kecil yang sangat kecil dan banyak di keliling puting wanita adalah normal. Korang tak perasan juga sebenarnya sebab ianya kecil sangat.

Fakta 4
Ada lagi satu perkara yang normal. Bulu-bulu halus dan pendek di bahagian buah dada dan dekat puting adalah normal. Semua orang pun ader. Kalau tak puas hati boleh je cabut or buat wax.

Fakta 5
Mengandung boleh menyebabkan puting payudara seorang wanita itu membesar.

Fakta 6
Sesetengah orang mempunyai puting yang ke 'dalam' & ianya normal. Walaupun bagaimanapun, sekiranya puting payudara korang itu baharu saja mengalami perubahan masuk kedalam maka itu merupakan salah satu simptom kanser payudara dan korang perlu berjumpa doktor untuk memeriksanya. Sekiranya memang dari kecik macam tu then it is normal hehehe..

Fakta 7
Setiap orang mempunyai risiko yang sama rata untuk menghadapi kanser payu dara. Tidak kira wanita atau lelaki. Tidak kira korang seorang wanita atau lelaki, sekiranya korang menemui ketulan benjolan di mana-mana bahagian payudara, sila pergi ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan.

Fakta 8
Setiap perubahan yang berlaku pada buah dada korang atau puting anda secara tiba-tiba & pelik maka  korang perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Fakta 9
Kadang-kala puting buah dada korang akan mengeluarkan cecair walaupun bukan semasa mengandung itu pun mungkin sekiranya ianya ditekan atau dipicit terlalu kuat. Walau bagaimanapun sekiranya puting korang mengeluarkan cecair  tanpa sebab atau berdarah pada mana-mana bahagian atau kedua-duanya sekali. Maka korang perlu berjumpa doktor.

Fakta 10
Implant atau pembesaran payu dara akan menyebabkan pemeriksaan payu dara menjadi susah.

Fakta 11
Jika ada yang memilih untuk menindik atau membuat anting-anting pada bahagian puting, mungkin korang kena fikir dahulu sedalam-dalamnya. Kerana proses untuk sembuh memerlukan tempoh masa antara 3 hingga 6 bulan atau lebih lama lagi.

Fakta 12
Ada manusia yang memiliki 3 puting payudara.

Fakta 13
Pada tahun 2012, seorang lelaki yang berumur 32 tahun dijumpai memiliki 7 puting payudara. Dia merupakan orang kedua yang dijumpai mempunyai puting payudara yang begitu banyak. LoL


Sumber daripada Buzzfeed.com


3 comments:

  1. wah2.. fakta last tu..rasanya x'normal' la sampai lebih..uhhuhu

    ReplyDelete
  2. Aku dah 18 lebih, dan dah baca.. haha..

    Anyway, nasib bek aku masih normal.. haha


    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
  3. Bagus fakta2 nie..

    Singgah sini
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
    Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..

    Segmen Mencari Bloglist blogahbar

    Senarai Peserta

    Mari sama2 kita berblogwalking kenali rakan blogger anda..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih