Search This Blog

Sunday, October 23, 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia. Penghantaran hadiah hanya dalam kawasan Malaysia sahaja
  2. Mempunyai blog dan instagram 
  3. Follow blog: http://www.bajuwarnacoklat.com/ dan http://tyrasahaja.blogspot.my/
  4. Follow instagram: @nurraihanahhh dan @loveaa.my_
  5. Kalau ada twitter, sila follow @NRraihnh
  6. Buat satu entry bertajuk Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha dan letakkan banner di atas, sila backlink ke entry ini sahaja
  7. Di dalam entry tersebut, anda dikehendaki untuk menulis tentang ‘random kindness’ yang anda pernah lakukan dengan ikhlas dan jujur. Penulisan hendaklah berdasarkan pengalaman penulis [peserta] sendiri dan unsur tipu dan tidak jujur adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sila sertakan sekali dalam entry nama instagram anda untuk tujuan pemeriksaan. Individu yang tidak mengikuti syarat yang ditetapkan akan di blacklist daripada menjadi pemenang giveaway ini.
  8. Selepas ayat terakhir anda dalam entry, sila sertakan ayat di bawah: **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
  9. Sila komen dan berikan link penyertaan anda di entry ini sahaja.
  10. Giveaway akan tamat pada 13 NOVEMBER 2016, jam 11pm. Jadi anda dikehendaki untuk berikan link penyertaan sebelum pukul 11 malam pada 13 NOVEMBER. Pemberian link penyertaan selepas waktu yang dinyatakan adalah tidak diterima.
  11. Pemenang yang terpilih dikehendaki untuk menulis review tentang pengalaman memakai Shade Dough ini dan selfie bersama-sama dengan Shade Dough by Hanis Zalikha di blog dan juga kongsikan gambar selfie anda di instagram dan tag @loveaa.my_

TARIKH-TARIKH PENTING: 

  1. Giveaway tamat: 13 NOVEMBER 2016 
  2. Pemilihan pemenang: 14 NOVEMBER 2016 sehingga 18 NOVEMBER 2016 
  3. Pengumuman pemenang: 19 NOVEMBER 2016

_________________________________________________

Cerita Tentang My Random Kindness

Hm...Agak kekok nak cerita pasal kebaikan yang aku buat. Sedangkan aku rasa ada yang buat lebih besar kebaikan namun tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah kan?

Tapi untuk satu ini, semoga kebaikan yang aku kongsi ini dapat membuka fikiran korang yang membaca entri ini & sekaligus join la GA ini yer. Hhuhuhu....

Masa aku study dekat suatu tempat ni dulu, memang ramai pengemis yang berstatuskan PTI berjalan-jalan meminta sedekah. Cuma aku sendiri tak pasti duit yang mereka dapat itu sama ada untuk diri mereka atau ia hanyalah taktik sindiket semata-mata.

So suatu hari ni, kebetulan duit aku pun nak kata cukup-cukup aje untuk belanja aku sehingga next elaun. Tiba-tiba ada seorang budak yang asyik minta duit dekat aku dengan member aku sorang tu. Masa tu pun aku tengah lapar sebenarnya. Masa budak tu minta entah tetiba pula aku cakap 

"Kalau duit aku takda. Kalau nak aku bagi makan."

Budak tu pandang aku macam blank. Macam dia pun tak tau nak respon apa. Dia tengok aku sambil macam pandang someone dekat tempat lain. Rupa-rupanya ada lagi sorang sebaya dia. Mungkin kawan atau adik atau abang. Dalam keadaan comot, kotor macam tu aku bagitau tuan punya gerai, boleh tak benarkan budak-budak ni duduk dekat sini makan, nanti aku bayarkan. Tuan punya gerai tengok aku & tengok budak, dalam hati aku jangan lah pula dia kata tak boleh, takkan nak budak ni makan tepi jalan kut.

Aku suruh budak order apa-apa makanan yang diorang nak. Dalam keadaan begitu diorang order makan, tapi order satu aje untuk diorang kongsi... Aku tanya kenyang ke tak, diorang kata cukup. Dalam keadaan kekurang diorang tak ambil kesempatan tetapi diorang minta yang cukup untuk mereka.

Lepas makanan diorang sampai, aku bayar dekat tuan gerai. Aku cakap, biar diorang makan sampai habis sebab aku dah bayar. Lepas tu aku jalan dengan member aku. Lepas tu rasanya macam takde jumpa pula budak-budak tu lagi walaupun aku dengan member aku selalu jalan dekat kawasan tu.

So itu aje cerita biasa Random Kindness aku dari aku. =)

My Instagram


____________________________________________________________

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**



Cara Buat Ringtone Untuk iPhone.

So kemarin aku test buat tutorial cara nak buat ringtone untuk pengguna iPhone atas permintaan kawan. So kiranya ini first tutorial aku juga. 


Harap video ni dapat membantu korang yang guna iPhone juga. Huhuhu...

Saturday, October 22, 2016

Jadi Cikgu Tapi Nak Part Time ?

Serius aku rasa gaji aku tak cukup. 
Bila nak bajet-bajet save duit kesian pulak kat budak-budak ni....
Kalau aku bajet-bajet save duit mesti tak dapat nak support budak T.T



Korang ada cadangan tak part time untuk tambah hasil $$$. Hmmm....

Thursday, October 20, 2016

Digi - Sementara Masih Ada


[KLIK BANNER]

So kat tempat aku serius laju giler Digi ni. Kalau tengok movie online jalan non stop.

Dulu aku guna jenama lain, but somehow macam lama-lama jenama ni dah tak sayang aku T.T. Dia punya line broadband makin lama makin aku rasa nak give up. Lepas tu mahal bagi aku. Walaupun ramai yang cakap dia ok.

So sampai aku sendiri pegi tukar broadband Digi dan rasa sendiri kelajuan dia. Terus aku upgrade lagi pegi 60GB, cuma dia bagi 30GB off peak, 30GB anytime gitu.

Lepas tu aku tukar number aku pegi DIGI Postpaid dan sekarang aku tukar lagi plan Digi ambik yang 20GB tu hah. Harga ia untuk 20GB Rm80. Harga dia actually sama dengan harga plan asal aku tapi 10GB aje. Itupun 7GB hari biasa 3GB weekends.

Tapi untuk yang 20GB ni, 10GB hari biasa 10GB weekends, berbaloi juga. Boleh tethering kalau nak tengok movie online. Huhuhu... Kalau broadband dia buat macam tu pun berbaloi kot.

Aku dah tukar, tukar online pakai MyDigi sendiri. Huhuhu....

Wednesday, October 19, 2016

Kaki Sakit

Kan aku dah mula kerja.
Walaupun sebenarnya aku ni belum pulih lagi sepenuhnya. Minggu ni masuk minggu ke9 selepas dari aku punya urat putus tu. Kalau aku google maklumat apa semua, orang ambik masa 3 bulan baru boleh berjalan ke hulu ke hilir. Tapi aku ni baru masuk 2 bulan terus besok dia dah ke hulu ke hilir.

Bukan aku nak tunjuk kuat. Aku ni sebenarnya betul-betul kejar kerja aku. Tapi serius aku rasa penat. Huhhhhh~~~~~



Aku bukan nak minta kesian. Tapi aku rasa aku boleh kut minta excuse untuk subjek yang tak berapa nak dikejar dalam peperiksaan tu. Even PJ pun aku kena ajar. Demmit...Terus tertempang-tempang lah aku nak ajar pendidikan jasmani. 

Aku : Aku korang lompat tau lompat.
Murid : (tengok aku muka nak tau lompat macam mana)~~~
Aku : Korang lompat je.

Gila aku nak lompat. Jalan pun aku masih terkapai-kapai. Heh.~~~~

Sunday, October 16, 2016

iPhone7

Akhirnya sampai juga iPhone 7 dekat Malaysia kan?

Aku ni kalau ikut betul nak juga merasa iPhone7 ni, bagi rasa seminggu aje pun takpe, so dapat buat perbandingan antara iPhone6s dengan iPhone7.

Hah. Aku ni kan gila gadget sikit. Tapi tak bermaksud aku terus nak gitu. Aku just nak test. Tapi memandangkan budget takda, so memang mampu tengok komen orang lain saja lerrrr.....

So sini aku share sikit pasal iPhone, maklumat ni aku ambil semua dari page Apple Malaysia tauuu, sebab kalau nak rujuk harga memang aku selalu based on page dia. Macam mana harga di page, memang begitu harga kat kedai. Huhuhu...



Kalau korang tengok harga tu, harga tu ialah harga paling minimum ikut saiz memory iaitu 32GB. Paling murah untuk iPhone7 ialah RM3199 untuk 32GB dan iPhone7Plus RM3799. Aku rasa hm...yang 7Plus tu mahal....yang kecik tu aku boleh terima lagi.


Kalau korang tengok. Kali ni dia datang dengan 5 warna. Yang terbaru ialah Jet Black. Hitam sungguh, aku tengok memang cun. Dan kalau korang perasan. Bahagian camera satu aje padahal ada yang nampak dua kan? Jangan pelik sebab untuk iPhone7 memang camera dia macam tu. 


 hah yang ni pula design belakang untuk iPhone7Plus. Ertinya kalau nak nampak sangat korang ada iPhone terbaru, korang terpaksa beli yang iPhone7Plus sebab yang iPhone7 aje, takde beza rupanya huhuhuuu....

Mula-mula aku ingat harga semua tu sama. Sekali aku check harga, untuk iPhone warna Jet Black tu dia punya harga lebih kick sebab dia takda versi 32GB. Itu dari page lah, taktau pula kalau kat kedai.

Kalau tengok memang ada juga beza sikit, tapi kalau pakai casing pun tak nampak juga bezanya dari depan. Huhuhu....Apa pun beli itu adalah keputusan sendiri, cuma kalau dari pandangan aku dan apa yang aku baca, aku rasa baik tunggu 7s atau iPhone8. Huhuuuu

Saturday, October 15, 2016

Chapter 5 : Setelah 8 Minggu Kes Tendon Achilles Rupture


Tendon Achille Rupture.

Tau tak bahagian mana tendon ni, ataupun dikenali sebagai urat.



Kalau korang pegang dekat bahagian belakang kaki korang dekat tumit, korang akan perasan macam ada satu garisan panjang yang hampir sampai ke betis. Hah, itulah tendon dan itu la yang putus dekat kaki aku.

Cerita lebih detail boleh ke klik dekat

>>>> Chapter 1 <<<<
>>>> Chapter 2 <<<<
>>>> Chapter 3 <<<<
>>>> Chapter 4 <<<<

So bila actually cuti aku start? Aku start dekat 12 Ogos 2016 and habis cuti dekat 12 Oktober 2016 which is hari rabu minggu ni. Actually boleh je aku sambung cuti, sebab sebenarnya bukan bole jalan sangat pun. Perjalanan 1 minit boleh jadi 5 minit juga sebab kaki ni tak boleh jalan laju and dia kena macam jaga step. Itu belum campur rasa ngilu, sakit bagai lagiiii ahahaha.

So apa yang berlaku? Simen separuh aku dah tak pakai. Doktor dah suruh aku berjalan seperti biasa, tongkat kalau boleh elakkan, maybe supaya aku tak terlalu bergantung pada tongkat kut?

Yang pasti sepanjang proses pemulihan aku ni takda penglibatan fisio langsung, so aku kena banyak rajinkan diri cari info sendiri. Jelaslah menunjukkan bahawa kalau takda medical card memang kalau ada kecederaan berat korang takkan boleh dapat rawatan yang baik daripada hospital kerajaan.

Sebahagian daripada diri aku juga bersyukur juga nasib pembedahan ok dan takde jangkitan setakat ni. Sebab kalau pembedahan especially dekat kaki ni memang risiko jangkitan tinggi. Tapi takat ni aku rasa ok dan harap sembuh dengan ok juga. Hahaha

So aku cuma harap dalam masa sebulan ni, atleast aku boleh berjalan dengan normal sudah la. Takde tempang lagi. Tapi minggu ni nak masuk minggu ke 9, ikut pembacaan kebanyakkannya boleh berjalan dengan normal (rasanya tanpa tempang kut) selepas 6 bulan. Ertinya aku kena bertempangan selama beberapa bulan. Kemungkinan sampai tahun depan? Haishhh....

Friday, October 14, 2016

Rekomen BB Cream Or Foundation Yang Best Please?

Well

Hello.
Muka aku bukan jenis feloless and actually aku punya kulit ni meeehhh sangat. Hahahhaa

Maksudnya sangat lah memilih and cerewet. Aku jeles tau orang yang ada kulit muka yang boleh pakai what so ever punya brand pencuci muka ke, krim ke, powdwer ke atau apa-apa la.

Kalau aku. Pencuci aku sesuai Seqy Cleanser.

Kalau foundation ke atau bedak asas orang panggil pun ada satu je aku sesuai dari The Face Shop tu.

Cakap pasal foundation. Secara kebetulan yang aku sesuai tu pun memang rare kat tempat aku. So I was thinking kalau korang ada brand lain yang seriusly sangat bagus.

Kulit aku ni masalah kalau pakai bedak dia pandai macam jadi kulit tekupas. Padahal yang nampak tekupas tu foundation tu sendiri Hahaha.. Nanti kejap-kejap macam bepanau pula, padahal takde pape.

Any suggestion?

Thursday, October 13, 2016

Genap 2 Bulan Kemudian Aku Tempang.

Halluuu....Kemarin genaplah dua bulan aku cuti daripada kerja.

Harini bermulalah hari aku bekerja.

Bukan senang bekerja dalam keadaan sakit. Berjalan tempang menahan sakit. Syukur je lah sakit tak berapa sakit. Allah kurangkan rasa sakit walaupun sakit. Semoga sakit itu menghapus dosa aku yang bertimbun-timbun sebelum ni InsyaAllah....

Mula-mula aku main berani nak jalan tanpa tongkat. Lepas tu akhirnya suruh murid minta tolong ambikkan tongkat dekat kereta sebab serius aku rasa macam nak putus kaki pula ahaha...

Patut aku minta MC lagi. Emak aku pun semalam membebel dapat tahu aku nak gi keje hari ni. But memikirkan murid aku dah aku tinggalkan 2 bulan, macam kesian pula. 


Selfie selepas balik dari kerja. Penat dia memang lain. Tapi aku selalu cakap its okay, Im okay walaupun aku tau deep inside aku not okay. I guess sometimes kita sendiri yang kene bagi diri kita semangat kan?

Jadi cikgu ni memang tak boleh tinggal murid separuh jalan. Bukan takda guru ganti but kalau kita yang pegang and ajar kelas murid tu dari awal tahun memang kita aje yang tahu sampai mana kemampuan budak-budak tu semua.

Hari ni serius penat. Hari esok entah...Huhuhuuu

Monday, October 10, 2016

Dah boleh berlari?

Heh bila dah nak dekat 2 bulan tak berjalan dengan normal. Dengan kerusi roda, dengan tongkat. Dengan mandinya yang macam tak mandi dan ke hospital hari-hari, baru minggu ni aku rasa macam alive atau hidup sikit.

Sebelum ni memang kerja aku duduk, tidur, makan, duduk tidur dan seterusnya. Hahaha

Bagi yang rasa blur bila baca post ni, korang boleh baca apa yang berlaku shortcut dari 

>>>> Chapter 1 <<<<
>>>> Chapter 2 <<<<
>>>> Chapter 3 <<<<
>>>> Chapter 4 <<<<


Nampaknya tak lama lagi aku tak pakai tongkat macam ni kut. Rasanya kena pakai tongkat datuk lepas ni.

Wednesday, October 5, 2016

American Horror Story


Well aku kan ada cerita pasal drama Grimm tu, korang boleh tengok dan baca di >>>>SINI<<<<
Grimm ni aku nak explain sikit, takut ada orang salah sangka. Dia bukan cerita yang terlalu angker atau horror atau menakutkan, dia cuma cerita dua alam gitu. Dan menarik jalan ceritanya ehehehe


Kali ni aku nak share American Horror Story. Pun dari Iflix juga. 

Cerita ni pun best, dia cerita pasal hantu dan benda atau manusia pelik. Dia ni pun misteri juga. 

Semua pelakon dia sama, tapi ada cerita yang berbeza, tapi yang pasti, bagi aku cerita dia best, memang habis juga aku tengok 4 season dia dalam ni. 

Huhuhuuu

Tuesday, October 4, 2016

Grimm



So ini ialah drama bertajuk Grimm.
Cerita dia ni mistik sikit, kalau iman tak kuat mungkin akidah akan terpesong. Hahaha

So aku ni, sebenarnya suka tengok movie tapi jenis cerewet. Yeap. Aku ni jenis cerewet nak tengok movie. Dan kebanyakkan yang aku suka tengok mesti berunsurkan seram atau lawak aje.

Tapi seram bukan sembarangan seram, dan lawak bukan sembarangan lawak. Macam maharaja lawak aku tak tengok sebab entah...Aku rasa tak lawak. Well benda lawak, menakutkan, cantik, romantik ni kan subjektif? Bukan semua orang ada definisi menakutkan yang sama.

Contoh, ada orang rasa rambut panjang tu menakutkan, ada yang rasa rambut panjang tu cantik, ada yang rasa no feeling biasa aje. Hah tu lah maksud aku.

But bagi yang tak pernah tengok boleh cuba tengok citer ni, aku tak tau dia dah buka sampai season berapa, tapi dalam Iflix dia buka sampai season 4 aje.

Tapi serius best. Bagi aku la. hahaha

Monday, October 3, 2016

Ah Sudah....

Haih dah masuk bulan 10 kan.

Hari ni dah hari ketiga bulan Oktober, maksudnya minggu depan genap 2 bulan la kaki aku bersimen.

Minggu ni syukur lah dah boleh pijak-pijak sikit tanpa tongkat. Takde juga aku paksa sebab takut nanti kalau urat tu putus balik, takkan aku nak operate lagi. Cukup lah kali pertama aku operate dan semoga itu lah yang terakhir kalinya.

Luka operate pun ada sedikit lagi yang belum pulih. Nak masuk dua bulan masih tak pulih-pulih. Bukan sebab kencing manis ke, buatan orang ke...Tapi sebab masa buka jahitan tu ada dua bahagian yang terbuka, so mungkin memerlukan masa untuk mengisi ruang kosong itu dan menjadi isi, kemudia barulah menjadi kulit.

Aku ni...Excited nak pegi kerja. Excited nak berjalan semula tanpa tongkat. 

So memang aku berlatih juga sikit berjalan tanpa tongkat. Takut memaksa nanti lain yang jadi.

So disebabkan banyak masa lapang aku, MC dan sebab jalan tak boleh banyak sangat, maka aku banyak update Instagram. 


Blog terbiar beberapa hari sebab sibuk kejar movie 4 Season dalam masa 3 hari. Movie apa aku kejar, GRIMM. Best juga cerita dia tu.

Ah...Minggu depan review maybe aku nak request tanya dulu, dah boleh pegi kerja ke belum. Macam dah tak best asyik dok dekat rumah.

Kalau terpaksa bertongkat kena pi sekolah pun rasanya ok kot. Hahahaa