Search This Blog

Monday, March 20, 2017

Sendiri

Hai korang semua. Lepas kes 'sakai' dekat epot terus aku macam sibuk sangat takda masa nak update blog ahahha. Iyelah. Semua dalam keadaan rush sebab UKM ni bagi aku tersangat lah besar & aku kena adapt tu yang masalah 😅.

So cerita pasal UKM. First day aku sampai masa hari Sabtu. Boleh tahan juga besar UKM ni. Aku ni pun dah mula nak panik macam mana nak pi kuliah bagai sebab bas semua tak reti. Sabtu aku sampai tapi family angkat bawa aku balik rumah dorang sebab tak sanggup tinggalkan aku dekat UKM ahaha.

So beg semua tinggal dekat hostel. Next day dorang suruh aku naik KTM ke UKM. Supaya nanti Sabtu ni aku pandai naik ke SG Gadut ahahhaa. So actually neves juga ni naik KTM, korang pepaham aje lah dekat Sabah ni, naik kereta je lebih. So lepas sarapan tu, dorang hantar dekat KTM Senawang, sebab kalau nak pusing ke Sg Gadut macam alang-alang.

Okey jugalah. Macam kene alert bagai. Sampai stesen UKM lagi aku blurr. Dalam setengah jam aku tunggu dekat bawah tu sebab aku ingat bas akan lalu. Sekali aku tanya pakcik teksi, rupa-rupanya kena masuk seberang jalan tu. Okey...Maka betul lah perumpamaan 'malu bertanya sesat jalan' tu ahahahah.

So aku sampai UKM dengan bas UKM. Syukur sampai. Dah lah lambat. 

Dan bermula la episod aku bersendiri sebab aku masuk study dengan takde member.😭

Sedih tau. Aku rasa ni first time aku rasa homesick. Aku kalau tempat baharu biasanya selalu happy & excited. Kali ni entah lah.....Sedih betul. Rasa macam nak giveup tak nak sambung pun haderrrr. Macam aku rasa left out sebab aku Sabahan? Atau sebab something else?

Tapi atleast aku ada roomate orang Perak yang awesome. Walaupun lain opsyen but okay juga lah. Huhuhu...

5 days to go. Ni betul-betul kena kuatkan hati. 😭



No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih